Monday, March 23, 2009

Tahukah anda...wahai suami??

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...


KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?"TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini . kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?


Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihanTAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !


Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejamTAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...


Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...


Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...


INI YANG BEST NI Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....


Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain .Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..


JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!


Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan.Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit.....Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri....


Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .......

Friday, March 20, 2009

Apa lah nak jadi...Ayahku Kekasihku

Apalah nak jadi dengan dunia skarng ni....
something to share ngan korang...
apa yang aku baca kat paper....
terkejutz... geram... suma ada...
ada gak owg cam ni erk...

Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINATA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun.

KUALA LUMPUR: Kes 'haruan makan anak' bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan."SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu.

Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri. Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur.

Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana 'auntie' (kekasih), ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.

Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya 'sebiji' (sama) dengan ibu.Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima.Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur.

Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya.Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang 'pakar psikologi'. Dia pandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun.Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya.

Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya, sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu. Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.

Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis.

Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam di rumah ayah di Kuala Lumpur.Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel.

Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak datang dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.

Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar, kandungan berusia enam bulan.Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain, tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan.

Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.

Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah.
Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah....

Wednesday, March 18, 2009

Owg yG paLing Aku X Suke?

aku paling x suke kalo,
owg x jujur ngan aku...
tipu aku...
pada aku biar lah...
owg tu jahat camner skali pon...
yang penting dia x menipu...
dan pada aku...
setiap owg perlu ada keikhlasan...
keikhlasan penting dalam setiap hubungan....
wat pe la kalo berkawan tapi x de keikhlasan...
betol x????
dan aku benci sangat2
bila owg mempergunakan owg lain
untuk kepentingan diri sendiri...
kira jenis, bila susah baru nak cari member la...
bila dah senang... blah cm2 je...
mmg owg ni sesuai di gelar sbg HIPOKRIT....

Tukar no. hp lagi????

mesti ramai yang bengang giler ngan aku...
banyak kali tukar no.hp....hhahhhaaahhaaa....
so utk sahabat2 suma akku dah tukar no. hp erk....
aku pakai no. lama 012 tu....
017 still on gak....
tapi aku letak kat umah je la....hahahahaaa..
jangan marah erk...nanti kena jual

Friday, March 13, 2009

Wednesday, March 11, 2009

Programme Diet Akku....

Tinggi : 153 cm
Berat : 63 kg
Target berat akku : 50 kg


2 Day
=====
Pagi : HL Cappucino + 200 ml soya
Lunch : Teh o + 1 karipap + 1 cuk badak
Ptg : Nasi 1/2 + sambal ikan bilis ckit
Air Masak : 4 Liter


1 Day
======

Pagi : HL cappucino 2 scoop + 200 ml soya
Lunch : Kopi Sawda + 5 keping biscuit
Ptg : Nasi Putih + sambal udang (terujaaa dgn sambal udang... xbley tahan....maklumla 1st day diet...hihihihi)
Air masak : 4 liter

Wednesday, March 4, 2009

Bukan Diriku????


Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku
Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku
Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu
Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku
Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku