Saturday, October 24, 2009

Sejadah Berdiri???

aku tengah lunch beramai2 ngan opis mate aku
tetiba bapak aku col...
cakap kat kawasan perumahan aku ada sejadah berdiri...
ermmm.. cm ne nak balik pon... tunggu je la balik keje nanti baru g tgk...
sampai je kat umah, trus letak bag n g tengok ngan member aku...
owg tgh ramai lak tu nengok...
citer makcik (tuan rumah) tu, anak dia sembahyang subuh,
dah lipat sejadah tu elok2..
dia suk bilik dalam bilik tgk tetiba sejadah tu jadi cm tu...
makcik tu nya takut, trus husbd dia...
tgk la aku attached kan gambar...



Friday, September 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

yeah... yeah... yeah....
raya... raya...
btol...btol...btol....




salam...

dah lama x update n jengok kat sini...

sampai terlupa nak mintak maaf di hari raya yang mulia ini...

ok lor di kesempatan ini, saya ingin menyusun 10 jari...

jika ada salah n silap yang disedari atau pun tidak sedari...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan....

salam ramadhan....
wat suma umat islam...
dikesempatan ini... saya memohon beribu kemaafan...
jika ada salah dan silap...
sama2 lah kita mempertingkatkan amalan...
di bulan yang penuh mulia ini...
- wassalam -

Wednesday, August 12, 2009

INALILLAHI WAINAILAIHI RAJIUN

Pagi2 aku telah dikejutkan dengan berita pemergian seowg kawan...
kawan semasa aku di sekolah menengah...
aku x brapa rapat sgt ngan dia.....kawan2 cam tu je lor...
Takziah wat kelurga Wasilah...
Semoga rohmu ditempatkan di tempat owg2 yang beriman...
- AL Fatihah -

Tuesday, August 11, 2009

SeLaMaT BerTuNanG... SaL 'n' @LoNg

SELAMAT BERTUNANG....@ 09.08.09
WAT SAL N ALONG....
mmmm... jangan tunang lelama...
banyak dugaan siottt....



sweeetttt giler dowwwhhh.....

owg bertunang x over...
member2 aku yang dowg ni yang posing maut....


sama comel... sama padan....
heyyy... bila la kowg nak naik pelamin....
tunang dah lama.....



candid time


reramai plak posing...
apa2 pon aku x bley lupa ayat "pak mat"
hehehehe... Napa aku rasa dowg 3 owg je yang tangkap gambar...
hahahahaha....mmg lawak giler pak mat...
tgk muka cam jujur jer....




Monday, August 3, 2009

10 K dalam PERSAHABATAN





lama rasa nya x menjenguk kat sini....


keje byk... shipment dah mula naik balik


nah.... nilai la sendiri betol ke 10 k perlu ada dalam persahabatan


renung2 kan... meh la sesama kita layanzzzz.....




* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah) .






* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka.. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.






* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.






* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.






* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?






* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).






* KEMAAFAN Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.






* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.






* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan.. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.






* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya".. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).





"Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?"